Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Selebriti | I FEEL BLESSED



Tag-Archive for » selebriti «

PM KE UDARA DI HOTFM


 

 

 

Idea Fafau akhirnya menjadi kenyataan apabila PM sendiri telah bersetuju untuk muncul di HotFM jumaat 6/5/2011 ni.. hehehe.. siap keluar Buletin Utama tadi berita tentangnya. Mesti ramai yang tak sabar menantikan kemunculan our PM di hotfFM kan.. apa-apa pun.. Laayannnnn bakk kata fafau..

 

Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat terus menggunakan pelbagai medium bagi mendekati rakyat Malaysia dan terkini akan ke udara melalui saluran radio, Hot FM, pada Jumaat ini.
“Saya akan muncul di Hot FM Jumaat ini dari 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Terima kasih kerana mendorong saya untuk melakukannya,” kata Perdana Menteri di laman Twitternya.
Kemunculan Perdana Menteri adalah hasil jemputan penyampai radio, Fara Fauzana, yang sebelum ini mengakui di laman twitternya bahawa ia merupakan idea “gila” beliau.
“Terbaik. Dapat good news. My crazy idea nak ajak PM datang Hot FM menjadi,” kata penyampai popular itu.
Pengendali akaun twitter Hot FM pula gembira dengan persetujuan Najib dengan mesej : “Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Jutaan terima kasih kami ucapkan.”
Hot FM bersiaran di frekuensi 97.6.Persetujuan Perdana Menteri itu turut mendapat respon positif daripada rakan Twitternya.

Sumber: Mstar Online