Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Pelakon | I FEEL BLESSED



Tag-Archive for » pelakon «

SINOPSIS DAN GAMBAR DRAMA VANILA COKLAT


VANILA COKLAT CABAR KEMAMPUAN IZARA DAN AIMAN


Mulanya benci kemudian dipaksa kahwin, bagaimana Zara dan Aamir menerima satu sama lain?

Vanila Coklat, sebuah drama romantik komedi yang menampilkan Izara Aishah sebagai Zara, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5) sebagai Aamir, Iqram Dinzly sebagai Kamal dan Nabila Daly sebagai Liana. Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Emi Suffian Sabhe, skrip ditulis oleh Panel AMC dan diterbitkan oleh Asia Media Content.

Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara, 19 tahun dan Aamir, 20 tahun yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Zara dan Aamir saling membenci antara satu sama lain dan masing-masing sudah mempunyai kekasih. Aamir sering mengusik Zara kerana Zara merupakan pelajar cemerlang dan pelajar contoh di kolej manakala Zara membenci Aamir kerana baginya, Aamir seorang kaki perempuan.

Vanila Coklat

Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.

Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka. Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.

Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka.

Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia berjanji untuk makan bersama Zara.

Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.

Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.

Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.

Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?

Saksikan barisan pelakon, Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5), Iqram Dinzly, Nabila Daly, Arash Mohd, Emma Akma, Zuhairi, Liza Abdullah di dalam Vanila Coklat, setiap Selasa jam 9.00malam bermula 20 Disember . Penonton yang terlepas menyaksikan Vanila Coklat boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Vanila Coklat

Vanila Coklat

Vanila Coklat

 





SINOPSIS DAN GAMBAR DRAMA ARIANA MIKHAIL


CINTA MUNCUL & HILANG DI PARIS…
Mungkinkah Nora Danish(Ariana) dan Sein(Mikhail) bersatu?

Setelah tamatnya drama “Karma”, kini slot Ratu TV9 menyusul dengan drama terbaru “Ariana Mikhail” dan dijangka akan turut mendapat tempat istimewa di dalam hati setiap penonton TV9. Drama romantik yang dibintangi oleh dua pelakon muda berbakat besar, Nora Danish dan Syed Hussein Bin Syed Mustafa (Sein), bakal menemui anda semua melalui slot Ratu pada setiap hari Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam bermula 16 Januari ini.

Kisah ”Ariana Mikhail” bermula apabila Mikhail (Sein) yang telah tamat pengajiannya di London telah pergi bercuti di Paris bersama sahabat karibnya, Jamil (Riezman Khuzaimi). Semasa percutian itu, Mikhail berniat untuk mencari teman wanita berbangsa Perancis tetapi dia ditakdirkan bertemu dengan Ariana (Nora Danish) yang kebetulan singgah bercuti di Paris sebelum pulang ke Malaysia. Ariana yang mempunyai lulusan hiasan dalaman bercuti seorang diri kerana ingin mencari pengalaman dalam dunia hiasan di Eropah.

Ariana Mikhail TV9

Pertemuan pertama berlaku apabila Ariana bertembung dengan Mikhail dan ini telah membuat Ariana sangat marah kerana Mikhail langsung tidak meminta maaf kepadanya. Ketika inilah Mikhail dan Jamil mendapat tahu bahawa Ariana merupakan seorang warganegara Malaysia juga. Insiden kedua yang mempertemukan mereka adalah apabila Ariana menyelamatkan Mikhail daripada dimarahi oleh seorang lelaki apabila dia cuba berkenalan dengan seorang wanita Perancis. Walaupun sudah dibantu oleh Ariana namun sikap Mikhail yang masih tidak berterima kasih dan sombong membuatkan Ariana tidak berminat untuk berkawan dengannya.

Bagi membalas budi, Jamil mengajak Ariana makan malam tetapi Mikhail tidak berminat untuk turut serta kerana dia tidak meminati Ariana. Mikhail berkali-kali memberitahu Jamil untuk tidak membuang masa dengan Ariana kerana misi mereka adalah untuk mencari wanita Perancis bukan Melayu. Jamil menasihatkan Mikhail supaya jangan bongkak kerana nanti dia akan tergila-gilakan Ariana.

Bak kata orang tua-tua, “Jangan benci dengan seseorang itu, nanti lama-lama sayang.” Itulah yang terjadi kepada Mikhail apabila dia mula jatuh hati kepada Ariana yang telah menjaganya ketika dia sakit. Mikhail telah memohon maaf kepada Ariana atas sikapnya sebelum ini. Ariana memaafkan Mikhail dan sejak itu mereka mula rapat dan berkawan sehingga lahirnya bibit-bibit cinta.

Pada suatu hari dengan secara tiba-tiba, Mikhail telah meminta Jamil untuk menguruskan pernikahannya dengan Ariana di Paris kerana dia tidak mahu kehilangan Ariana. Jamil menganggapkan Mikhail sudah hilang kewarasan kerana masih terlalu awal untuk mereka berkahwin tetapi Mikhail bersungguh-sungguh untuk mengahwini Ariana. Malam itu, Mikhail melamar Ariana dan keadaan yang romantis membuatkan Ariana terharu dan menerima lamaran Mikhail. Mereka telah bernikah di salah sebuah masjid di Paris.

Tetapi keesokan harinya, selepas satu malam bersama sebagai suami isteri, Mikhail mendapati Ariana sudah tiada lagi di sebelahnya. Mikhail menyangka Ariana keluar untuk membeli-belah tetapi dilihatnya beg pakaian Ariana pun sudah tiada. Puas Mikhail dan Jamil mencari Ariana di tempat-tempat yang selalu mereka kunjungi ketika di Paris namun tiada. Hanya sepucuk surat yang diutuskan kepada Mikhail…

Apakah isi kandungan surat tersebut? Ke manakah Ariana dan mengapa dia menghilang begitu sahaja dengan seribu tanda tanya? Mari kita sama-sama ikuti jalan cerita romantis “Ariana Mikhail” bermula 16 Januari ini pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.30 malam!

Drama 15 episod ini dipacu oleh Grand Brilliance Sdn Bhd selaku penerbitnya dan juga turut dibintangi oleh barisan pelakon baru iaitu Hanez Suraya, Zaefrul Nordin dan Mysara.

Ariana Mikhail TV9

Ariana Mikhail TV9

Ariana Mikhail TV9

Ariana Mikhail TV9

Ariana Mikhail TV9

Ariana Mikhail TV9

Ariana Mikhail TV9

Ariana Mikhail TV9

Ariana Mikhail TV9

Ariana Mikhail TV9

Ariana Mikhail TV9

Ariana Mikhail TV9

Ariana Mikhail TV9





PENGUMUMAN PERKAHWINAN LISA SURIHANI & YUSRY


Persoalan tentang tarikh perkahwinan pasangan Lisa Surihani & Yusry akhirnya terjawab. Ramai yang maklum tentang percintaan mereka  dan pada jam 10 pagi tadi, telah pun berlangsung majlis pengumuman istimewa yang ditunggu oleh ramai peminat dan media.

Pasangan  ini akan bernikah pada 23 Februari 2012 di mana majlis akad nikah akan diadakan  di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.  Manakala majlis resepsi akan diadakan pada 26 Februari 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Tahniah diucapkan buat Lisa & Yusry.. semoga bahagia hingga ke syurga..

 

 





GAMBAR ZED ZAIDI BERSANDING


Semalam telah berlangsung majlis resepsi persandingan antara Zed Zaidi & pasangannya,Natalia di Grand Ballroom, Dewan Perdana FELDA. Tahniah Buat kedua-dua mempelai.Semoga berbahagia selalu hingga ke syurga… Bak petikan dari kad undangan zed “Terus Bercinta,Kekal Selamanya”  Insya Allah ;-)

Nota Kaki : Dengar-dengar Zed dikawal ketat oleh “bodigad”. Usahkan jurufoto daripada Media, jurufoto rasmi derang pun nampak tak senang nak ambik gambar. ishh..ishhh… kenapa macam tu sekali.. huhuhuhu… apa-apa pun harap-harap takde yang “berbunyi” la lepas ni.

Oklah..layan je gambar-gambar majlis resepsi zed zaidi ni ye. Daaa…

 

 
Credit pic : Budiey.com

Zed Zaidi Resepsi

Zed Zaidi Resepsi

Zed Zaidi Resepsi

Zed Zaidi Resepsi

Zed Zaidi Resepsi





GAMBAR ZED ZAIDI NIKAH


Alhamdulillah..selamat sudah majlis akad nikah pelakon Zed Zaidi dan pasangannya.

Tahniah.. Selamat Pengantin Baru.. Semoga berkekalan hingga ke syurga..Insya Allah

Nota Kaki : tak sabar nak gi wedding reception ZZ nanti kat Dewan Felda… hehehehe

 

 

Zed Zaidi Nikah