Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Gambar | I FEEL BLESSED



Tag-Archive for » gambar «

SINOPSIS DRAMA TIGA JANJI


Demam Vanila Coklat telah melonjakkan nama Aiman Hakim Ridza dan Izara Aisyah menerusi siaran drama bersiri tersebut di slot Lestary TV3. Menyusuli Vanila Coklat, drama bersiri terbaru terbitan HNJ Production Sdn Bhd, 3 Janji yang menggandingkan Liyana Jasmay, Shahrizal Jaszle dan Shah Iskandar bakal menemui para peminat slot Lestary bermula malam ini (20 Mac 2012), setiap Selasa jam 9.00malam.

Diarahkan oleh sutradara yang tidak asing lagi, Heykal Hanifah, drama bersiri 13 episod tersebut turut mendapat sentuhan nukilan skrip oleh Siti Jasmina Ibrahim. Adakah buah tangan terbaru daripada Heykal Hanifah akan turut menerima sambutan hebat seperti drama bersiri arahan beliau di slot Lestary sebelum ini seperti Cinta Untuk Ain, Hani, Asmara dan Asmara 2?

3 JANJI

Kisah ‘3 Janji’ bermula di sebuah kampung yang berjauhan dari bandar. Dalia (Liyana Jasmay) dan Khursyi (Shahrizal Jaszle) berkawan baik sejak kanak-kanak. Mereka hidup berjiran dan hubungan kedua-dua keluarga juga akrab.

Dalia dan Khursyi saling memahami dan menyayangi. Impian Dalia ialah menjadi penari tetapi Khursyi yakin Dalia akan berjaya sebagai seorang doktor. Khursyi pula bercita-cita menjadi seorang kaunselor yang hebat. Hubungan mereka bertukar menjadi pasangan kekasih apabila Khursyi tidak dapat menafikan kasih sayangnya terhadap Dalia selepas berjaya menghalang rancangan jahat Elias (Idzham Ismail) terhadap Dalia. Kedua-dua keluarga juga merestui hubungan mereka dan merancang untuk berbesan apabila sampai masa nanti.

Malang tidak berbau… Dalam perjalanan mereka ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM, Khursyi ditimpa kemalangan menyebabkan dia cedera parah dan tidak sedarkan diri. Selepas tersedar, Khursyi bercakap tentang 3 janji yang pernah dibuat bersama Dalia sebelum ini. Khursyi bersyukur yang dia sudah berjaya menjadi sahabat terbaik buat Dalia, dan kemudian menjadi kekasih yang terbaik dan berazam untuk menjadi suami terbaik buat Dalia. Dalia terharu dan bahagia kerana amat disayangi Khursyi. Pesan Khursyi lagi, andai mereka tiada jodoh pula, dia mahu Dalia mencari lelaki yang boleh melaksanakan 3 perkara itu juga. Itulah 3 Janji yang harus dipegang Dalia.

Namun, tidak lama kemudian Khursyi meninggal dunia. Bagaikan kehilangan sesuatu dalam dirinya, Dalia pasrah tetapi cuba menguatkan diri untuk meneruskan hidupnya., Dalia redha dengan pemergian Khursyi dan sentiasa teringat kepada 3 janji yang pernah dilafazkan oleh Khursyi.

Keluarga Dalia mengambil keputusan untuk berpindah ke Indonesia kerana keadaan Dalia yang sentiasa murung. Selepas 5 tahun, Dalia pulang ke Malaysia dan tinggal bersama makciknya, Adila (Hanez Suraya). Dalia mengambil jurusan perubatan seperti yang dijangka oleh arwah Khursyi dahulu tetapi masih menari ketika lapang untuk mengubat hatinya yang luka.

Yassin (Shah Iskandar) terpikat dengan tarian Dalia ketika mengambil gambusnya di studio latihan. Tanpa disedari, Yassin turut mengiringi tarian Dalia dengan alunan gambusnya berentak zapin. Dalia terkejut dengan kehadiran Yassin dan terus berhenti menari sebelum meninggalkan bilik itu.

Sejak hari itu, Yassin sering mencari peluang untuk mendekati Dalia. Keikhlasan dan kebaikan Yassin akhirnya membuka hati Dalia untuk berkawan dengannya. Yassin menjadi teman setianya semasa membuat ulang kaji dan menari. Keprihatinan Yassin mengingatkan Dalia tentang 3 Janji tersebut kerana Yassin sudah menepati janji pertama yang telah menjadi sahabat terbaik buat Dalia. Tanpa disedari, Sufi (Ana Dahlia) yang mencemburui hubungan mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuklah bersubahat dengan Elias untuk mendapatkan Yassin.

Hati Dalia menjadi keliru apabila berjumpa dengan jiran barunya, Kamil (Shahrizal Jaszle) yang mirip wajah arwah Khursyi. Kerinduannya terhadap arwah Khursyi menjadikan Dalia hilang dalam angannya dan mengejar cinta daripada Kamil. Pada mulanya Kamil rimas dengan obsesi Dalia. Namun, Kamil mula berkawan dengan Dalia kerana mempunyai agenda tersembunyi.

Di antara Yassin dan Kamil, siapakah cinta sejati Dalia yang merupakan sahabat, kekasih dan suami terbaik? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan 3 Janji lakonan hebat Liyana Jasmay, Shahrizal Jaszle, Shah Iskandar, Ana Dahlia, Idzham Ismail, Hanez Suraya, Ungku Ismail, Roy Azman, Zalfie, Rosnah Johari, Zara Zya, Ainina Ahmad dan Mubarak Majid mulai 20 Mac 2012, setiap hari Selasa jam 9.00 malam. Penonton yang terlepas menyaksikan 3 Janji boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

3 JANJI

3 JANJI

3 JANJI

3 JANJI





CANTIKNYA SITI NURHALIZA BERTUDUNG


Cantik sangat Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin bertudung di Konsert Sinar Maulidurrasul Muhammad Al-Ameen yang diadakan di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu pada 4 Februari bersama dengan kumpulan nasyid terkenal, Rabbani, bergabunguntuk program bersempena sambutan Maulidurrasul 1433 Hijrah pada 5 Februari ini.

Kredit gambar to FB kak Rozi ;-)

 





SINOPSIS DAN GAMBAR DRAMA VANILA COKLAT


VANILA COKLAT CABAR KEMAMPUAN IZARA DAN AIMAN


Mulanya benci kemudian dipaksa kahwin, bagaimana Zara dan Aamir menerima satu sama lain?

Vanila Coklat, sebuah drama romantik komedi yang menampilkan Izara Aishah sebagai Zara, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5) sebagai Aamir, Iqram Dinzly sebagai Kamal dan Nabila Daly sebagai Liana. Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Emi Suffian Sabhe, skrip ditulis oleh Panel AMC dan diterbitkan oleh Asia Media Content.

Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara, 19 tahun dan Aamir, 20 tahun yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Zara dan Aamir saling membenci antara satu sama lain dan masing-masing sudah mempunyai kekasih. Aamir sering mengusik Zara kerana Zara merupakan pelajar cemerlang dan pelajar contoh di kolej manakala Zara membenci Aamir kerana baginya, Aamir seorang kaki perempuan.

Vanila Coklat

Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.

Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka. Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.

Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka.

Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia berjanji untuk makan bersama Zara.

Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.

Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.

Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.

Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?

Saksikan barisan pelakon, Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5), Iqram Dinzly, Nabila Daly, Arash Mohd, Emma Akma, Zuhairi, Liza Abdullah di dalam Vanila Coklat, setiap Selasa jam 9.00malam bermula 20 Disember . Penonton yang terlepas menyaksikan Vanila Coklat boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Vanila Coklat

Vanila Coklat

Vanila Coklat

 





HONG KONG DISNEYLAND (DAY 1)


Pertengahan Disember tahun lepas, bila hubby beritahu yang dia akan ke Hong Kong Disneyland awal januari, perasaan sedih tetiba datang sebab dia asyik ke oversea je tinggalkan aku..huhuhu.. tahun ni (2011) saja ke New Zealand la, Brisbane la, Bangkok la, Singapore la, korea plak sampai 2 kali pegi..arghhhh sedih sedih… tetapi perasaan sedih tu hilang bila dia bagi tahu yang kali ini dia boleh bawa partner. apa lagi happy la akuuu… aku ni memang peminat tegar cerita-cerita disney ni.. memang teruja nak ke disneyland!! yippieeeee… Kami ke sana selama 3 hari 2 malam. Kiranya hubby pergi dengan tugasan la. sambil nyelam minum air kata orang. berkampung dalam Disneyland tu!

Bersama kami ada 5 lagi bloggers yang terpilih iaitu 3 orang dari Malaysia dan 3 lagi dari Singapore. Masing-masing boleh bawa partner. so rombongan kami ni terdiri daripada 12 orang tak termasuk pihak penganjur.

Untuk entri ni, aku akan bercerita tentang hari pertama di Hong Kong Disneyland.

DAY 1

Seawal 3 pagi Jumaat (6.1.2012),  kami dah bertolak ke KL Sentral untuk naik bas ke LCCT. Flight pukul 6.25 a.m.

Sebelum aku cerita tentang Hong Kong Disneyland, aku nak cerita kejadian-kejadian yang berlaku sebelum ke sana. Macam-macam hal terjadi sebelum kami bertolak ke Hong Kong. Mencabar kesabaran yang amat!

Di rumah-Pintu bilik tamu terkunci dari dalam. Dahla bag travel kami ada kat dalam bilik tu. kunci pendua pun hilang entah kemana. terpaksa pergi ke rumah owner untuk ambil kunci spare. pastu aku pulak balik dari ofis lambat. seperti biasalah kalau nak bercuti, kena siapkan mana2 yang patut dulu. Packing siap kul 1 pagi. sempat sejam je tidur. hubby tak tidur langsung siapkan kerja dia yang berlambak-lambak tu. kesian pulak. tapi nak buat macam mana. Takde kerja,takde duit masuk.huhuhuhu

Bertolak dari LCCT pukul 6.25 pagi dan kami tiba di Hong Kong International Airport lebih kurang 10.45 pagi. kira-kira dalam 4 jam tempoh perjalanan gak la.

Keluar je dari airport untuk ambil teksi ke Hotel, ooo makk aihhh sejukkkkkk.. Sebenarnya aku tak sempat nak survey langsung tentang disneyland and macam mana weather kat sana.Dalam kepala ni dok ingat musim panas cam Malaysia. Hubby pun tak bagi tahu yang kat Hong Kong musim sejuk sekarang ni. Masa yang amat singkat untuk prepare everything and masing-masing busy, packing pun last minute..amekkawww..hahahha .. Nasibla hubby bawa extra baju sejuk. Heran gak aku macam mana dia boleh bawa extra baju sejuk tu. bila ditanya dia kata dia memang tahu kat Hong Kong sejuk sekarang ni. apa lagi pot pet pot pet la mulut aku ini. hahhaah..

Dari Airport kami kena pergi ke hotel sendiri-sendiri. Tak ada tourist guide or agent yang datang amik. Menurut agent yang jemput kami ke sana ni, kami boleh ambil teksi untuk ke hotel, lebih murah dari amik train (MTR). Nak bagi tahu ni.. dari airport untuk ke kemana-mana destinasi kat Hong Kong ada 3 jenis tau & 3 colour – Merah, Biru & Hijau. Teksi derang ni memang teksi lama tapi bersih & selesa. Yang paling mahal Merah, start jalan je dah 20HKD. Teksi Hijau start dengan 16.50HKD & biru 15HKD. nak tau apa beza teksi-teksi ni? jumlah penumpang yang boleh naik teksi tu dalam satu masa. so kami amik yang tengah-tengah iaitu teksi hijauuu..hehehehe

Di Hong Kong Disneyland ada 2 hotel, Hong Kong Disneyland Hotel dan Disney’s Hollywood Hotel. Ikut tentative schedule, kami akan stay di Disney’s Hollywood Hotel. Sampai hotel dalam pukul 11.30 pagi (lebih kurang 20 minit dari airport). Kami terus ke Reception untuk check in walaupun masa untuk check in sebenarnya pukul 3 petang. Kami dibenarkan check in tapi tanpa nombor bilik. Luggage boleh ditinggalkan di tempat simpanan khas yang telah disediakan oleh pihak hotel. Memang begitu prosedur hotel kat sana. Bagus gak derang buat macam tu. At least kalau sampai awal, takdelah risau nak letak kat mana beg-beg kita tu.hehehe

Pukul 12 tgh hari kami dijadualkan untuk bertemu dengan AGENDA team. so sambil-sambil tunggu derang, kami meninjau sekeliling hotel,snap pic, berFB & bertwitta guna WIFI yang disediakan oleh pihak hotel. tappi terhad di lobby area sahaja.ingatkan leh sampai ke bilik hahahaha.. (over tau makk) dah la line maxis aku tak boleh roaming sebab lupa kalau billing kena bayar deposit kat maxis dulu untuk roaming service. maklumlah before this guna prepaid..adehh.. bukan apa risau kalau-kalau ada hal urgent kat ofis & they nak contact aku pulak tak dapat.selalunya gitu la. bila gi bercuti mesti ada je problem yang timbul dan ditimbulkan hahahha

Lepas meet and greet the AGENDA team, kami dibawa menaiki shuttle bas ke Hong Kong Disneyland Hotel untuk lunch. Shuttle bas ni runs on a cycling route every 10 minutes between the two hotels and the theme park. So dari dua hotel ni untuk ke theme park, memang kena naik shuttle bas ni.

Lunch kami disediakan oleh Crystal Lotus, the award-winning restaurant yang terletak di dalam Hong Kong Disneyland Hotel di mana kami sungguh terpesona dengan keindahan interior design nya. Yang paling menarik akhir sekali, kami dihidangkan dengan Disney Character dim sum iaitu “Duffy” Steamed Lotus Red Bean Puree Bun.. comelll sangat hingga tak sampai hati nak makan.

After lunch, kami bertolak dengan shuttle bas ke Theme Park. Macam biasala.. sampai je kat entrance Theme Park tu, bermulala sesi fotografi masing- masing.. kalau boleh setiap langkah nak ambil gambar.. hahaha.. Kami diberi masa untuk sesi fotografi sampai pukul 3 petang kerana pukul 3.15 kami dah kena ada kat area Main Street USA untuk menyaksikan Flight of Fantasy Parade yang boleh dikatakan a must see show untuk sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini. Sementara menunggu tu sempat juga la kami memerhatikan gelagat-gelagat pengunjung tak kirala yang dari kanak-kanak sampaila dewasa semuanya ada karakter masing-masing terutama dari segi pakaian ala-ala mengikut tema disneyland itu sendiri.

Untuk pengetahuan, dalam Hong Kong Disneyland theme park ni ada 5 lands based on stories of Toy Story, Fantasy, Adventure, Space & Americana. In each land, we can enjoy the high quality rides, meet our favourite disney characters and watch amazing broadway-styles show.

Pukul 3.30 bermula la pertunjukan Flight of Fantasy Parade… Bestttttt… tengokla pic-pic kat bawah ni..

seronok seronok seronokkkkkk

lepas tu kami dibawa masuk ke Toy Story Land.. Toy Story Land ni has the biggest NEW attractions dalam Hong Kong Disneyland. Ada “Slinky Dog Spin”, “RC Racer” (Andy’s speediest toy car-to get your adrenaline pumping), “Toy Soldier Parachute Drop”, “Barrel of Fun”  and many more. Dalam banyak-banyak ni, kami dapat priority untuk try slinky dog spin, RC racer & Toy Soldier Parachute Drop. Yang paling mencabar dan best tentunya RC Racer.hahahaha… sebelum ni memang tak pernah try pun permainan-permainan ni sebab takut. so bila aku decide nak try RC Racer tu hubby terkejut dan tak percaya. sebab dia pun tak berani nak naik.hohohohoho… sebenarnya aku pun tak berani tapi sebab ada geng, aku ikut je langkah kaki aku ni.. member siap pesan kena jerit tau wani bila kat atas tu..hahaha

Kitaorang duduk kat depan sekali. Mula-mula aku buka mata lagi.. bila dah start laju semacam aku tutup mata sambil jerit sampai habis. perasaan aku masa tu  tak tahu bagaimana nak diceritakan. rasa macam badan ni dilontar ke udara tanpa rasa apa-apa.. macam jantung ni pun hilang entah ke mana..hahhahahaa… 5 minit dok atas RC Racer tu dah cukup buat aku insaf tak mau dah naik benda-benda seangkatan dengannya dah lepas nih. kelakar pun ada. gelak manjang kitaorang ni. Tapi sekurang-kurangnya kami yang perempuan ni berani mencuba..yang lelaki tengok saja.. hahahha..

Habis je kat Toy Story, kami di bawa ke Fantasy Land untuk menonton The Golden Mickeys at Disney’s Storybook Theater. ala-ala penyampaian awards gitu.. ada red carpet bagai. untuk meraikan  great Disney classics like Mulan, beauty & the beast, Disney-Pixar’s Toy Story and Lilo and Stitch. Bak kata mereka, “This moving musical experience reminds us all to believe in the power of our dreams”.

Kat Hong Kong, pukul 6 dah mula gelap walaupun masa mereka lebih kurang sama dengan Malaysia. Lepas dinner, kami bersiap sedia untuk melihat fireworks show in front of Sleeping Beauty Castle bermula pukul 8.00 malam selama 15 minit. Pertama kali melihat  pertunjukan bunga api berwarna warni dalam masa yang agak lama. diiringi dengan disney songs. memang sungguh indahh .. lebih-lebih lagi melihat bersama suami tercinta.. romantis gituuu..hehehhee..

Tamat sahaja pertunjukan bunga api, kami bersiap-siap untuk pulang ke hotel. Penat sangat-sangaat! bersedia untuk keesokan harinya pula untuk tour disneyland.. ke tempat-tempat yang kami belum sempat nak masuk hari ni.

Bersambung untuk hari kedua dalam next entri ya.. ;-)





GAMBAR ZED ZAIDI BERSANDING


Semalam telah berlangsung majlis resepsi persandingan antara Zed Zaidi & pasangannya,Natalia di Grand Ballroom, Dewan Perdana FELDA. Tahniah Buat kedua-dua mempelai.Semoga berbahagia selalu hingga ke syurga… Bak petikan dari kad undangan zed “Terus Bercinta,Kekal Selamanya”  Insya Allah ;-)

Nota Kaki : Dengar-dengar Zed dikawal ketat oleh “bodigad”. Usahkan jurufoto daripada Media, jurufoto rasmi derang pun nampak tak senang nak ambik gambar. ishh..ishhh… kenapa macam tu sekali.. huhuhuhu… apa-apa pun harap-harap takde yang “berbunyi” la lepas ni.

Oklah..layan je gambar-gambar majlis resepsi zed zaidi ni ye. Daaa…

 

 
Credit pic : Budiey.com

Zed Zaidi Resepsi

Zed Zaidi Resepsi

Zed Zaidi Resepsi

Zed Zaidi Resepsi

Zed Zaidi Resepsi