Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Sports | I FEEL BLESSED



Archive for the Category » Sports «

Nazmi Faiz, Safee Sali & Khairul Fahmi Che Mat Duta Mister Potato


Mister Potato membuktikan rasa cinta kepada bola sepak Malaysia dengan menaja bintang-bintang kebangsaan.

Biasanya, peminat bola juga suka menikmati snek. Maka, atas dasar itulah Mister Potato, jenama terkenal dalam kategori snek telah sama-sama menanam ikrar untuk memberi sokongan padu dalam arena bola sepak tempatan. Bagi mengukuhkan ikatan ini selain dengan peminat Mister Potato sendiri, kami telah menaja tiga orang bintang negara iaitu Nazmi Faiz, Safee Sali dan Khairul Fahmi.

Safe Sali merupakan wira Piala AFF Suzuki 2010 manakala Khairul Fahmi pula menjadi tonggak utama negara sewaktu Sukan Sea 2011 di Indonesia. Nazmi, pemain tengah yang masih muda ini adalah wira harapan generasi baru. Ketiga-tiga mereka dipaparkan dengan megahnya pada pek Mister Potato. “Mister Potato ialah jenama tempatan yang menarik dan menyeronokkan. Memang ini satu kerjasama mantap dengan bola sepak negara yang memiliki nilai serupa. Kami berbangga ditaja oleh Mister Potato!” kata Nazmi Faiz, pemain muda berbakat ini.

Pengumuman penajaan ini bakal dilangsungkan dalam satu majlis khas pada 16 Mei 2012 di Hypermarket Giant, Stadium Shah Alam. Selepas pengumuman ini, Safee Sali, Khairul Fahmi dan Nazmi Faiz akan bergambar bersama peminat yang berpeluang bertemu mereka pada sesi beramah-mesra dengan sebarang pembelian produk Mister Potato.

Bagi mengukuhkan semangat cintakan bola sepak tempatan, Pierre Pang, Timbalan Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran menyebut, “Mister Potato berbangga manjadi penaja Manchester United, kelab bola sepak terkemuka dunia. Tapi kami juga adalah satu jenama tempatan yang sama-sama berkongsi semangat kental untuk sukan kegemaran rakyat Malaysia ini. Jenama Mamee kami juga menaja pasukan Kelantan FA. Kini dengan penajaan tiga pemain kebangsaan, kami berharap untuk menjadi jenama yang tersemat di hati dan minda peminat bola sepak serta peminat Mister Potato khasnya di seluruh tanahair.”

 

SimplySiti Perfume 

Khairul Fahmi aka Apeks

 

Tentang Mister Potato
Mister Potato, satu jenama terkemuka dan juga salah satu snek kentang terulung di Malaysia. Jenama ini adalah sebahagian daripada konglomerat Mamee-Double Decker. Pada Julai 2011, Mister Potato telah menjadi Rakan Snek Global Rasmi Manchester United. Mister Potato berjaya menyumbangkan 30 peratus kepada perniagaan Mamee-Double Decker dan berjaya menawan 14 peratus daripada nilai pasaran kategori snek dan semakin berkembang saban hari.

Rahsia kejayaan Mister Potato bergantung kepada banyak faktor. Menurut Datuk Pang, CEO Mamee-Double Decker, antara lain sebabnya adalah komitmen 20 tahun mereka dalam pembinaan jenama serta jaminan kualiti. Bagi menjamin kualitinya setaraf dengan standard global, jenama ini menggunakan kentang bergred tinggi yang dipilih khusus daripada kentang jenis Atlanta, Dakota Pearl dan Hermes. Datuk Pang juga menyatakan bahawa prinsip ‘Tiada Kompromi’ mereka memastikan produk Mister Potato mempunyai kadar gula yang rendah dan kandungan kering yang tinggi. Warna, rasa, saiz dan tekstur yang ideal juga adalah ciri-ciri yang perlu diikuti. Selain kualiti, Mister Potato juga cuba menaikkan lagi status mereka dengan berpegang kepada polisi bebas trans lemak kerana setiap hirisan kentang mereka dimasak dengan minyak sayuran.

Hubungan mesra dengan pengguna menjadi salah satu matlamat utama mereka kerana faktor ini menjadikan Mister Potato lebih sekadar produk yang berkualiti. Inilah sebabnya Mister Potato sering membawakan pengalaman hebat yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Bermula daripada lawatan istimewa ke Old Trafford sehingga ke pertemuan peribadi dengan wira bola sepak terkenal, peminat sentiasa dibawa dekat dengan sukan kegemaran ramai ini. Mister Potato boleh didapati di lebih 90 negara seluruh dunia kerana kualiti mereka yang sentiasa memenuhi standard global. Terkenal sebagai jenama yang menyeronokkan dengan maskot Mister Potato dan Amigo yang riang dan nakal, semua peminat bakal dihidangkan dengan lebih daripada sekadar kerangupan snek kentang di masa hadapan.

Tentang Pemain Harimau Muda
Mohd Safee Sali adalah pemain kebangsaan yang juga pemain penyerang pasukan Pelita Jaya FC di Indonesia. Khairul Fahmi Che Mat pula adalah penjaga gol negara yang pada ketika ini bermain dengan Kelantan FA dalam Liga Super Malaysia selain seorang pemain kebangsaan. Muhammad Nazmi Faiz Mansor adalah pemain tengah skuad Harimau Muda A yang kini bermain dalam liga Singapura selain membuat persiapan bagi kelayakan Piala Asia akan datang.





JADUAL PIALA FA 2012


Sekadar berkongsi info.

Malam ni telah bermulanya pusingan pertama Piala FA 2012. Tahniah kepada yang menang dan berjaya ke pusingan selanjutnya.

Berikut adalah keputusan penuh pusingan pertama :-

Kedah 1 – 1 PKNS FC [MASA TAMBAHAN]
Kelantan 2 – 1 Sarawak
Preah Khan Reach 2 – 1 Pulau Pinang
Terengganu 4 – 0 PDRM
UITM 0 – 3 Lions XII FC
Johor 0 – 2 T-Team
Negeri Sembilan 1 – 2 Johor FC
Kuala Lumpur 3 – 0 MP Muar 
Kuala Lumpur SPA 3 – 0 Johor MBJB
NS Betaria 4 – 0 Melaka
Perlis 2 – 0 SDM Kepala Batas
Pahang Shahzan Muda 0 – 4 Selangor
POS Malaysia 1 – 2 USM

 

JADUAL PIALA FA 2012

 





TAHNIAH HARIMAU MUDA!


TAHNIAHH.. ALHAMDULILLAH..

Setelah 2 jam lebih bertarung di atas padang, akhirnya Harimau Muda (Malaysia) menundukkan garuda(Indonesia) melalui sepakan penalti setalah terikat 1-1. Perlawanan yang amat-amat mendebarkan demi mengejar Ibu Segala Pingat nih. Lautan merah putih membanjiri stadium. Kita yang menonton ni pun bagai nak hilang jantung. walau apa pun,rezeki milik Malaysia.. Aku Bangga menjadi rakyat Malaysia. Sebak gila masa lagu Negaraku berkumandang selepas penyampaian pingat .. hehehe

sekali lagi, Tahniah MALAYSIA kerana  berjaya mempertahankan pingat emas selepas menang ke atas Indonesia 4-3 melalui sepakan penalti pada saingan akhir acara bola sepak Sukan Sea Ke-26 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Indonesia.

Sumber Gambar : Berita Harian Online





KHAIRUL FAHMI PUTUS TUNANG?


Aduhaiii… Dugaan bertunang ni macam-macam.. masa bertunang ni la nak kenal hati budi masing-masing… serasi atau tidak.. semuanya terpulang pada empunya diri.. terkejut tu tak lah juga sebab memang aku ada terbaca kat twitter pasal hubungan Apek & tunang dia ni berantakan. Malas nak ambil tahu sebab tu kan masalah peribadi yang tak perlu lah rasanya di war warkan.. Bagi pendapat peribadi aku la.. seteruk mana sekalipun marah or benci kita kat boyfriend ke tunang ke suami ke tak perlu lah di hebah-hebahkan di Twitter or Facebook.. akibatnya pasti memakan diri sendiri…huhuhuhu

 

Dalam Metro Ahad hari ni Khairul Fahmi a.k.a Apek membuat penjelasan ..

 

KUALA LUMPUR: Biarpun Malaysia gagal meneruskan kemaraan pada kempen bola sepak kelayakan Piala Dunia, ketangkasan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat ketika mengikat Singapura 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu, diakui ramai.

Namun di sebalik kecemerlangannya di gawang gol, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek rupa-rupanya memendam rasa berikutan badai yang melanda pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.

Selepas pelbagai isu mengaitkan orang ketiga dalam hubungan Apek dengan tunangnya hangat diperkatakan menerusi pelbagai laman web dan blog tempatan, dia tidak lagi mampu berdiam diri.

Jiwanya bergelora berikutan pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya, Elia dan beberapa individu lain. Kelmarin, Apek tampil memberi penjelasan mengenai kemelut yang melanda dirinya.

Menerusi Metro Ahad (MA), Apek menyatakan dia kini nekad memutuskan pertunangannya dengan Elia. Ikuti luahan hati Apek dalam temubual eksklusif bersama wartawan MA, FIRDAUS SAHAT.

“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.

Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?

Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.

Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.

Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.

Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.

Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.

Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.”

 

INFO

NAMA: Khairul Fahmi Che Mat
ASAL: Kelantan
UMUR: 22 tahun
PENCAPAIAN: Anugerah Penjaga Gol Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, 2010 dan Anugerah Pemain Muda Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, 2010

  • Memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak apabila menyertai skuad Kelantan untuk pasukan Piala Presiden (bawah 21 tahun) sebagai penjaga gol pada 2006

  • Selama lima tahun menjadi penjaga gol pasukan Piala Presiden, Khairul Fahmi akhirnya menyertai skuad Kelantan untuk pasukan Liga Super

  • Pada 2010, Khairul Fahmi dipilih Datuk K Rajagopal untuk mewakili pasukan negara yang menjuarai Piala AFF Suzuki

  • Ketika kariernya mendaki puncak, Khairul Fahmi membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis pilihan hatinya, Elia pada 17 Mei lalu.

  • Tidak lama selepas itu, percintaan mereka dilanda badai apabila pelbagai kontroversi panas dikaitkan dengan pasangan ini

  • Kelmarin (29 Julai 2011), Khairul Fahmi membuat keputusan memutuskan pertunangannya

    Credit sumber: Harian Metro Online