Sebenarnya Minat baca novel sejak zaman sekolah lagi.rasanya kalau dihimpunkan semua novel yang aku beli tu dah boleh jadi mini library kot.hahhaa ada antaranya terbeli 2 kali sebab lupa sama ada dah baca ke belum & ada juga yang dipinjam oleh kawan tak dipulang balik pun ada. kira aku Halalkan je lah mana-mana novel yang dipinjam tak dipulangkan tu. malas nak berkira sangat. hehehehe
yang aku nak cerita sekarang ni Zaman belajar dulu boleh je habiskan satu buku satu hari tapi bila dah kerja ni buka page 1 je terus zzzzzzz hahahahha
Memang masa amat mencemburui ku (cewaaahhh) tambah pulak dengan penat kerja lagi. sian novel-novel yang dibeli tak terbaca.
Sebelum aku “borong” 5 buah novel kat Karnival Karangkraf minggu lepas, ada 3 novel yang dah dibeli 2-3 bulan lepas masih belum dibaca. 2 darinya aku order direct dari penulisnya sendiri, Meen Zulaikha bertajuk Warna Hati & Rindu Di Awan Biru.
Bukan apa, aku ni jenis kalau baca novel memang tak boleh stop.concentrate lah kononnya hinggakan lapar pun tak terasa tidur pun lupa ngeh ngeh ngeh ..
so semalam (Jumaat) aku dah start baca satu novel & hari ni satu. yeayyyy…finally!



