Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Wedding | I FEEL BLESSED



Archive for the Category » Wedding «

GAMBAR PERNIKAHAN ALLY ISKANDAR & FARAH LEE


TAHNIAHHH.. buat Ally & FArah..

Selamat Pengantin Baru..

Semoga berbahagia selalu hingga ke syurga..Insya Allah

 

 





Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?


 

Untuk suami….renungkanlah…..
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah….
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.. amin..!
 
Untuk isteri…. renungkanlah. .. 
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw. Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub Atau pun segagah Musa … apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh.. Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah… amin!
 Justeru itu wahai para suami dan isteri,Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah …




PENGUMUMAN PERKAHWINAN LISA SURIHANI & YUSRY


Persoalan tentang tarikh perkahwinan pasangan Lisa Surihani & Yusry akhirnya terjawab. Ramai yang maklum tentang percintaan mereka  dan pada jam 10 pagi tadi, telah pun berlangsung majlis pengumuman istimewa yang ditunggu oleh ramai peminat dan media.

Pasangan  ini akan bernikah pada 23 Februari 2012 di mana majlis akad nikah akan diadakan  di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.  Manakala majlis resepsi akan diadakan pada 26 Februari 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Tahniah diucapkan buat Lisa & Yusry.. semoga bahagia hingga ke syurga..

 

 





APABILA ISTERI MENANGIS


Jika isteri menangis dihadapanmu
Hargai lah ia sebelum terlewat
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

Itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
 Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu
Jika kau membiarkannya pergi,
Dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali d idepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami-suami, jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
 Tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu di saat kau terpuruk terlalu dalam…
Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan sia-siakan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu.

Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

 

Apakah keistimewaan perempuan ini ?

Di balik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN, 

SENYUMAN nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya

PELUKAN & CIUMAN nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa
Dia TERHARU
Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang-orang yang dikasihinya
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana satu  hal
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg solehah dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.
Sumber: FB




GAMBAR ZED ZAIDI BERSANDING


Semalam telah berlangsung majlis resepsi persandingan antara Zed Zaidi & pasangannya,Natalia di Grand Ballroom, Dewan Perdana FELDA. Tahniah Buat kedua-dua mempelai.Semoga berbahagia selalu hingga ke syurga… Bak petikan dari kad undangan zed “Terus Bercinta,Kekal Selamanya”  Insya Allah ;-)

Nota Kaki : Dengar-dengar Zed dikawal ketat oleh “bodigad”. Usahkan jurufoto daripada Media, jurufoto rasmi derang pun nampak tak senang nak ambik gambar. ishh..ishhh… kenapa macam tu sekali.. huhuhuhu… apa-apa pun harap-harap takde yang “berbunyi” la lepas ni.

Oklah..layan je gambar-gambar majlis resepsi zed zaidi ni ye. Daaa…

 

 
Credit pic : Budiey.com

Zed Zaidi Resepsi

Zed Zaidi Resepsi

Zed Zaidi Resepsi

Zed Zaidi Resepsi

Zed Zaidi Resepsi