Pada sidang media khas 31.1.2012 yang lepas, Ana Raffali memberitahu bahawa beliau memilih teman baiknya sendiri, Aznaim Abdullah, 29, sebagai bakal suami dan seterusnya telah mengesahkan khabar angin sebelum ini bahawa mereka akan berkahwin pada 25 Februari akan datang.
Mereka turut memilih untuk mengadakan urusan pernikahan dan kenduri kesyukuran di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, di sini, yang terletak berhampiran dengan kediaman keluarganya.
Acara akan dimulakan dengan majlis pertunangan di sebelah pagi, disusuli akad nikah sejam kemudian yang bakal disempurnakan oleh bapanya, Mohd Raffali Mohd Nor.
Ana Raffali dan pasangannya memberitahu bahawa mereka telah bersetuju untuk tidak bersanding tetapi akan ada sudut khas untuk sesi penggambaran nanti.
Tahniah Ana Raffali. Semoga bahagia hingga ke syurga. Insya Allah

Credit gambar : Sinar Harian
