Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Korean Drama | I FEEL BLESSED



Archive for the Category » Korean Drama «

BECOMING A BILLIONAIRE


BECOMING A BILLIONAIRE: DRAMA KOREA TERBARU ntv7

Lucu, Cinta dan Romantis dalam Becoming A Billionaire

Apakah agaknya perasaan menjadi seorang yang mewah dan kaya? Pernahkah anda membeli belah tanpa perlu melihat label harga atau memiliki segala yang anda inginkan tanpa memikirkan kosnya? Yang pasti ada satu caranya, iaitu dengan menjadi kaya raya. Itulah antara salah satu elemen yang diselitkan dalam sebuah lagi drama korea terbaru ntv7, berjudul Becoming A Billionaire yang bakal menemui penonton setianya bermula 29 Februari ini, setiap Isnin hingga Jumaat jam 12 tengah hari.

becoming-a-billionaire

Bersiaran selama 30 episod, drama lucu dan romantis ini mengisahkan Seok-bong (lakonan Ji Hyun-woo) yang percaya bahawa dia sememangnya adalah pewaris kepada seorang jutawan Korea. Masalahnya ialah dia sendiri tidak mengenali siapakah ayahnya. Apa yang lebih merumitkan adalah ayahnya juga tidak mengetahui kewujudan Seok-bong dalam hidupnya. Dia yang berusaha untuk mencari ayah kandungnya menerima tawaran kerja sebagai budak tukang angkut di sebuah hotel ternama hanya untuk menyediakan dirinya untuk belajar menjadi golongan kaya dengan memerhati gelagat tetamu di situ. Semua usahanya ini untuk memastikan suatu hari nanti, dia dapat bertemu dengan ayahnya yang jutawan. Namun, pada suatu hari, Seok-bong mengetahui bahawa dia perlu segera bertemu dengan ayahnya kerana dia telah disahkan menghidapi penyakit kanser testikel dan hanya mempunyai peluang 50 peratus sahaja untuk terus hidup. Seok-bong yang tidak mampu membiayai kos rawatan, kini mengharapkan keajaiban di mana mungkin ayahnya akan muncul akhirnya.

Lee Si-Young & Nam Gung-Min

Sementara itu, dia hanya mampu berharap kepada pewaris kaya Hotel O-sung, Lee Sun-mi (Lee Bo-young) yang juga seorang yang suka berkira dan tangkai jering. Walaupun Lee Sun-mi adalah anak orang berada, sifatnya lebih bersederhana dan amat komited dalam tugasnya. Bagi Sun-mi, pendapat ayahnya bahawa wanita hanya perlu menguruskan rumah tangga sahaja adalah salah. Sifat mereka yang jauh berbeza membuatkan Seok-bong dan Sun-mi sering bertelagah dan dalam diam mula menimbulkan bibit-bibit kisah cinta yang bakal membuatkan anda ingin bersama bergelak ketawa dengan pelbagai kerenah dan ragam mereka berdua.

Turut sama dalam penceritaan drama korea ini adalah Bu Tae-hee (Lee Si-young) yang merupakan anak keluarga kaya “Chaebol” yang hampir memiliki segalanya namun sering membawa masalah. Manakala Chu Woon-seok (Nam Gung-min) yang mempunyai pakej lengkap dan menjadi idaman setiap wanita akan meletakkan Sun-mi dalam kisah cinta tiga segi.

Menemani anda setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 12 tengah hari, Becoming A Billionaire pasti akan membuat anda rasa terhibur dengan lakonan watak-wataknya yang lucu dan menarik. Kisah yang bakal disulami dengan kisah cinta tiga segi ini juga bakal membuat anda terpesona dengan wajah jelita dan tampan para pelakonnya. Saksikan gelagat Seok-bong dalam pencarian ayahnya yang jutawan hanya di Saluran Ceria Anda, ntv7.

Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan ini, layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 di Facebook mahupun Twitter.

Lee Si-Young (2)

Nam Gung-Min as Chu Woon-Seok

Lee Bo-Young&Ji Hyun -Woo

Lee Bo-Young as Lee Sin-Me (1)

Ji Hyun -Woo (1)

Lee Si-Young

 





THAT WOMAN


Singer: Baek Ji Yong
THAT WOMAN (OST SECRET GARDEN)
A woman loves you.
The woman loves you wholeheartedly.
She follows you around like a shadow every day.
She smiles but is actually crying.
How much longer do I just have to look at you, alone.
This love that came like wind,
This love that is like a shit,
If I continue this, will you love me?
Just come a little nearer
just a little bit.
Please don’t step back
I, the one who loves you,
is still next to you.
That woman is crying.
That woman is very shy
So she learnt how to smile
Her heart is so full of tear,
She can’t even share her story with
her best friend
That’s why, that woman
loved you
Cause you were so like her
another fool.
yet another fool
Please give me a hug before you leave me
I want to be loved, dear.
That’s all I wanted
She shouts, just in her heart
just in her heart.
No one can hear her
but that woman is still next you
Do you know that
I am that woman?
You don’t do you?
Because you are just a fool.
how much
how much longer
Do I have to love you like this
This love that is like a fool
This love that is like a beggar
would you love me?
That woman, who loves you
is still next you and she is still crying
Note: speechless.. awesome voice & full of emotion




SAAT AKU KEHILANGANNYA


Salam..

Lama dah tak update blog ni. Bukan apa. lepas taip tajuk je otak jadi kosong. banyak yang nak diceritakan tapi tu lah.. aku bukan blogger tegar macam hubby. bila ada mood baru update. kalau tak ada, memang bersawang la jawabnya.

Dah nak masuk 2 bulan aku “kehilangannya”. Sedih tak usah cakap lah. 2 tahun lebih menunggu. Walau apa pun, sebagai hambaNya aku hanya mampu pasrah dan redha. Biarpun hanya seketika, namun aku bersyukur. sekurang-kurangnya aku tahu aku juga normal seperti wanita-wanita lain di luar sana. Cuma belum ada rezeki. Insya Allah.. ada lah tu nanti, aku takkan berhenti berharap dan berdoa.. Usaha pun kena juga.. hehehe.

Buku “Merah” aku dah simpan masuk kotak. Itu pun hubby yang simpankan sebab tak mahu bagi aku sedih. Aku percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tak payah lah cerita panjang-panjang. Kalau cerita detail sangat nanti kan hujan pulak. hehehe..

Yang penting, jangan berputus asa! aja aja fighting!!

P/S: DOK ULANG-ULANG CERITA KOREA “LIE TO ME” NI BERKALI-KALI PUN TAK BOSAN. DAHLA DALAM BENTUK HD,GAMBAR CANTIKKK… SUKA JALAN CERITANYA. KEBANYAKAN KOREAN DRAMA SEKARANG NI VERSI HD DAH. LAYANNNN…

 

 

Share