Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Books | I FEEL BLESSED



Archive for the Category » Books «

CEMBURUKAH MASA DENGAN AKU


Sebenarnya Minat baca novel sejak zaman sekolah lagi.rasanya kalau dihimpunkan semua novel yang aku beli tu dah boleh jadi mini library kot.hahhaa ada antaranya terbeli 2 kali sebab lupa sama ada dah baca ke belum & ada juga yang dipinjam oleh kawan tak dipulang balik pun ada. kira aku Halalkan  je lah mana-mana novel yang dipinjam tak dipulangkan tu. malas nak berkira sangat. hehehehe

yang aku nak cerita sekarang ni Zaman belajar dulu boleh je habiskan satu buku satu hari tapi bila dah kerja ni buka page 1 je terus zzzzzzz hahahahha

Memang masa amat mencemburui ku (cewaaahhh) tambah pulak dengan penat kerja lagi. sian novel-novel yang dibeli tak terbaca.

Sebelum aku “borong” 5 buah novel kat Karnival Karangkraf minggu lepas, ada 3 novel yang dah dibeli 2-3 bulan lepas masih belum dibaca. 2 darinya aku order direct dari penulisnya sendiri, Meen Zulaikha bertajuk Warna Hati & Rindu Di Awan Biru.

Bukan apa, aku ni jenis kalau baca novel  memang tak boleh stop.concentrate lah kononnya hinggakan lapar pun tak terasa tidur pun lupa ngeh ngeh ngeh ..

so semalam (Jumaat) aku dah start baca satu novel & hari ni satu. yeayyyy…finally!

 





PARTI TONTON NORA ELENA


LAma tak update blog..

busy dengan kerja plus “mood” takde..

Sekarang ni bila bosan je, aku akan tonton balik Nora Elena yang hubby dah siap-siap donlod & masukkan dalam Ipad aku. Nasib baik la dapat hubby yang layan je “kemeroyanan” wife dia nih..hahahha… sampai dia pun terjebak sama… ;-) love u!

Further info about Nora Elena:-

 

  • sempena dengan “kegilaan” ramai kat citer Nora Elena ni, Tonton siap buat channel khas untuk peminat-peminat tegar  citer ni..so apa lagi jom sertai Parti Tonton Elena hanya di http://live.tonton.com.my/noraelena untuk tontonan yang lebih pantas. (memang pantas.. episod terkini pun dah ada dah pastu tak sangkut-sangkut..hahahah..cayalahhh) so pada yang tak sempat menonton episod petang tadi, sila la berkunjung ke link yang aku dah letak kat atas tu ye.

  • sesapa yang ada twitter, sempena minggu akhir ni, sila gunakan hashtag #noraelena .. biar meletop kebabommmm….ekekeke

  • live chat with Seth Tan & Insp Amir at www.tv3.com.my… 3-4 pm  15.6.2011 ;-)

 

Tinggal 2 episod je lagi… lepas tu habissss dah … ;-)

 





SINOPSIS & GAMBAR DRAMA NORA ELENA


Sekarang ni sudah pasti ramai yang dok demam cerita “Nora Elena” yang sedang ditayangkan di TV3 setiap selasa hingga khamis pukul 7-8 malam. Itu termasuk aku sekali la tu..hahahaha… aduyaiii

macam mana aku boleh “terjebak” dok meroyan bagai pasal “Nora Elena” ?

Seriuss… aku pun tak tahu.. jap nak fikir.. hohohoho… aku rasa dari twitter & FB kot. memang aku tahu pasal drama yag dibintangi oleh my fav actor- aaron aziz dari blog hubby.. tapi aku tak follow citer ni sebab balik kerja pun kul 7 lebih. memang tak sempat. cuma ada satu hari tu masa tu dah episod ke 6 kot, aku terbalik awal… saja la nak tengok best ke tak citer ni sampai ramai orang sana sini asyik dok cakap pasal “kesedapan” citer Nora Elena ni. hehehhe

Lepas tengok buat pertama kalinya, aku dah melekat terlekattttt.. ni si seth tan & elena punya pasal la ni. hahahah.. dah la aku ni memang suka baca & kumpul novel.. citer ni adalah diadaptasi dari novel “Kasih Yang Suci” -best! plus dengan lakonan aaron aziz & siti saleha,memang gabungan yang mantappp… buat orang tak sabar-sabar nak tengok apa jadi pada setiap episod.

Mungkin ramai yang nak shortcut, terus pergi beli novel ni kannn….hahahha… apa-apa pun.. layan kan aje episod-episod seterusnya.. ada 12 episod lagi kalau tak silap.

 

Nota Kaki : Mode tgh melayan episod-episod yang terlepas… dan aku pun dah order Novel KYS tu dengan author dia Meen Zulaikha hahahhaha… dahsyat penangan cerita ini…

 

 

SINOPSIS

Lenakah seorang wanita di dalam tidurnya apabila dibuai mimpi ngeri dan siangnya dihantui kenangan pahit, padah bisa cinta? Keunggulan sebuah sketsa romantis dari sebuah novel hebat ”Kasih Yang Suci” terbitan Karangkraf kini akan menggamit perasaan dan emosi anda menerusi siri drama adaptasi terbaru TV3, NORA ELENA, terbitan Asian Media Content (AMC) yang diarah oleh Jet Li dan penulisan skrip oleh Maizura Mohamad Ideris.

NORA ELENA akan membawa anda menyelami perjalanan emosi dan kisah cinta seorang wanita mengharungi kehidupannya yang dicabar oleh kegelapan masa silamnya yang ternoda akibat kerakusan manusia yang bertopengkan nafsu. Namun, ketabahan Nora terus diuji tatkala dua orang lelaki istimewa hadir dalam hidupnya. Siapakah gerangan lelaki tersebut dan apakah igauan pahit Nora mampu ditelan oleh sinaran kasih dan harapan yang kian meneranginya?

Bakal ke udara pada 9 Mei 2011, NORA ELENA akan menemui penonton selepas berakhirnya CINTA ANTARA KITA, sebanyak 24 episod di slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00malam. Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini adalah Aaron Aziz, Siti Saleha, Wan Sharmila, Zul Ariffin, Erry Putra dan Puteri Fateen.

NORA ELENA merupakan sebuah kisah yang diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf — Kasih Yang Suci hasil nukilan Meen Zulaikha yang mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang wanita bernama Nora Elena (Siti Saleha) yang terganggu hidupnya akibat dihantui pengalaman pahit dirogol 10 tahun yang lalu. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin).

Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz). Nora dan Idham yang dahulunya ibarat burung merpati sejoli, kini menjadi tidak sehaluan dan sering bertukar rasa cemburu dan marah. Secara tiba-tiba, Idham membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena akibat dari salah faham Idham yang menyangkakan bahawa Nora mempunyai hubungan dengan Seth Tan, majikan Idham sendiri.

Apa yang mampu dizahirkan oleh seorang wanita hanyalah tangisan dan jeritan yang tidak mampu didengari sesiapa! Penderitaannya bertambah perit tatkala bisikan liar dan kata-kata hati yang sering mengingatkan Nora tentang apa yang telah mengubah statusnya daripada seorang perawan yang suci kepada sesuatu yang amat pahit untuk ditelan sendiri.

Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Sedalam manakah kejujuran lelaki misteri ini dan apakah jawapan di sebalik kehadirannya? Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan setelah kedudukan Idham yang tergugat kerana terbawa oleh mainan perasaan? Dan mampukah Nora dan Seth mempertahankan mahligai perkahwinan yang telah mereka bina apabila satu rahsia hitam paling memilukan akhirnya terbongkar?

Persimpangan cinta dan pencarian kasih yang tulus suci ini digambarkan melalui keperitan hidup dan tekanan emosi seorang wanita yang telah dihapus keceriaannya akibat kedurjanaan manusia, dan segala persoalan akan terjawab menerusi drama baru NORA ELENA, yang bakal menemui penonton pada 9 Mei 2011, pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00malam, di slot Akasia, hanya di TV3.

 

Aaron Aziz (Seth Tan)

Siti Saleha (Nora Elena)